KEMAHIRAN BOLA TAMPAR
PUKULAN SERVIS
Servis
ialah pukulan yang dilakukan selepas mendapat mata atau berjaya
mematikan servis di gelanggang lawan. Terdapat pelbagai cara pukulan
servis. Sebagai permulaan untuk bermain bola tampar, servis bawah bahu
dan servis atas bahu biasa digunakan.
Servis bawah bahu
Pukulan
servis bawah bahu merupakan servis yang tepat dan mudah dipelajari.
Gaya servis ini juga mengelakkan daripada faul servis.
PUKULAN MENYANGGA
Pukulan menyangga digunakan apabila bola berada di bawah paras mata.
Kebanyakan pemain belakang gelanggang menggunakan kemahiran ini sewaktu
menerima bola servis atau bola rejaman. Pukulan menyangga dilakukan
supaya dapat memainkan bola dengan tangan. Bahagian tangan yang sesuai
untuk menyangga ialah antara tangan hingga kesiku. Lutut perlu
dibengkokkan untuk mendapatkan kuasa hayunan menyangga dengan baik.
PUKULAN MENGUMPAN
Biasanya
pukulan mengumpan dilakukan pada sentuhan bola yang kedua. Kemahiran
ini bertujuan untuk memberi peluang rakan sepasukan membuat rejaman.
Umpanan dibuat apabila kedudukan bola melepasi paras kepala. Ketepatan
masa amat diperlukan semasa melakukan pukulan umpanan. Ini memberi
peluang kepada sendi-sendi menyerap dan mengekalkan kelajuan bola.
PUKULAN REJAM
Rejaman
ialah memukul bola dengan pantas ke dalam gelanggang lawan. Tujuan
rejaman ialah untuk mematikan servis di dalam gelanggag lawan. Cara ini
dianggap satu cara menyerang pihak lawan. kemahiran merejam memerlukan
lonjakan melebihi paras jaring. Semasa di udara pula, badan perlulah
dibengkokkan dan memukul bola.
MENGHADANG
Seperti
kemahiran merejam, kemahiran menghadang juga agak sukar dikuasai.
Sungguhpun begitu, kemahiran ini juga penting untuk menghadang rejaman.
Halangan dilakukan oleh dua orang pemain hadapan dari pasukan yang
bertahan. Kedua-dua pemain akan melonjak dan cuba menghalang bola yang
direjam dengan kedua-dua belah tangan.
RELI
Bola
yang dimulai dengan pukulan servis kadang-kala sukar dimatikan kerana
kedua-dua pasukan sukar dimatikan kerana kedua-dua pasukan saling
berbalas-balas pukulan. Keadaan ini dinamai reli. Reli berlaku jika
kedua-dua pasukan sama handal. Permainan akan bertambah menarik jika
berlaku banyak permainan reli.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan